MATLAMAT
Bagi mempertingkatkan infak jualan, memberi peluang menjana sumber pendapatan melalui perkiraan komisen, melantik lebih ramai wakil di seluruh negeri bagi mengedarkan produk alquran terbitan Yayasan Restu.
PERLAKSANAAN
Lantikan ejen dikendalikan di ibu pejabat di Shah Alam. Wakil ejen diberi tempoh selama 6 bulan untuk melihat kesan yang ditunjukkan dari implimentasi rancangan pemasaran yang ditunjukkan.
STRATEGI PEMASARAN
Strategi pemasaran bergantung kepada ejen untuk memasarkan produk mengikut platform yang dimiliki seperti media sosial, edaran flyers dan sebagainya.
STRATEGI PRODUK
Produk yang dipilih bagi wakil ejen adalah:
- Al-Quran Al-Karim & Terjemahan Lafziyyah
- Al-Quran Al-Karim Mushaf Duwali
- Al-Quran Al-Karim edisi Wakaf
- Al-Quran Al-Karim Mshaf Palestin
- The Holy Qur’an text & Translation (HC)
- Al-Quran Al-Karim Terjemahan Lafziyyah (10 jilid : satu jilid/3 juzuk)
- Al-Quran Al-Karim & Terjemahan Edisi Jawi (30 jilid : satu jilid/satu juzuk)
- Al-Quran Al-Karim Terjemahan & Tajwid
- Al-Quran Al-Karim & Terjemahan Bahasa Malaysia
STRATEGI PROMOSI
Melalui website, FB, Twitter, bunting, risalah, media elektronik, media cetak dan online. Ejen digalakkan mempromosikan produk dengan cara tersendiri. Kos iklan ditanggung oleh pihak ejen.
STRATEGI PENGEDARAN
Ejen akan mengambil terus produk di Yayasan Restu, Kompleks Seni Islam Antarabangsa Selangor dengan membawa borang permohonan stok untuk diluluskan.
LAIN-LAIN
KELEBIHAN MENJADI EJEN/ WAKIL PENGEDAR:
Ejen yang telah mendaftarkan diri akan menerima surat lantikan rasmi oleh pihak Yayasan Restu sebagai bukti menjadi ejen.
Sijil diberikan kepada ejen sekiranya perlu dalam urusan membuka booth jualan di luar.
Ejen boleh memborong produk secara campur dengan syarat mengikut kategori produk. Ejen boleh memborong dengan kadar minima 50 naskah.
Diskaun 20% diberikan kepada ejen sekiranya membeli produk secara borong beserta produk hiasan seperti poster, artpiece dan produk-produk hiasan dalaman yang terdapat di Restu Shop YR.
Ejen tidak dibernarkan menerima apa-apa tempahan khas seperti surah Yaasin Custom made atau tempahan artpiece dan kaligrafi. Namun demikian, komisyen sebanyak 15% daripada jualan diberikan kepada ejen sekiranya ejen membawa pelangaan yang ingin membuat tempahan khas ke Restu Shop YR. Komisyen akan diberi sekiranya pelanggan bersetuju untuk membuat tempahan.
SYARAT-SYARAT SEBAGAI EJEN ADALAH SEPERTI BERIKUT:
Agen boleh memborong produk secara campur mengikut kategori dengan syarat dengan memborong produk dengan jumlah minima iaitu 50 naskah. Antara kategori produk ialah AL QURAN, BUKU YAASIN dan BUKU ILMIAH.
Memasarkan produk mengikut harga pasaran / runcit yang telah ditetapkan.
Isi borang pesanan dan buat tempahan kepada Yayasan Restu mengikut bayaran harga ejen samada melalui akaun ataupun pembayaran secara tunai di Restu Shop/pemasaran. Borang boleh didapati melalui whatsapp dan email dari wakil Pemasaran dan Restu Shop.
YAYASAN RESTU WAKAF (BANK ISLAM) NO. AKAUN: 14032010021452
Mendapatkan produk di bahagian pemasaran/Restu Shop di ibu pejabat Shah Alam.
Ejen perlu membuat tempahan stok 5 hari bekerja sebelum menuntut di ibu pejabat. Borang boleh dihantar melalui emel/whatsapp.
Emel: roshalina@restu-art.com
Whatsapp: 019-2000023 (Roshalina)
Pelantikan ejen berkuatkuasa selama ENAM BULAN dan boleh diperbaharui apabila tamat tempoh.
Ejen TIDAK DIBERNARKAN menjual produk melebihi harga asal. Tindakan akan dibuat sekiranya ejen masih melakukan kerja-kerja tersebut. Yayasan Restu berhak menamatkan khidmat ejen sekiranya melakukan aktiviti-aktiviti selain berkaitan jualan produk al-quran menggunakan nama Yayasan Restu untuk kepentingan peribadi ataupun pihak tertentu.