Pertandingan Pantun

PERTANDINGAN MENCIPTA PANTUN MARI CINTA NABI TAHUN 2020 MASIH DIBUKA

 

Tema

Pertandingan pantun bertemakan Mari Cinta Nabi.

 

i. Peserta perlu menukilankan pantun empat (4) kerat sebanyak dua (2) rangkap bertemakan nilai-nilai murni.

ii. Pantun yang dibenarkan hanyalah jenis empat (4) kerat iaitu empat (4) baris yang mempunyai dua (2) baris pembayang dan dua (2) baris maksud. Ritma hujung baris mestilah berpolakan “a,b,a,b”.

iii. Pantun yang dimuat naik WAJIB mempunyai perkataan ‘Sayang Nabi’ di dalam bait pantun.

iv. Penggunaan Bahasa adalah Bahasa Melayu.

v. Peserta perlu memuat naik pantun berbentuk video peserta sendiri dan tag akaun Facebook @yayasanrestu, dan Instagram @yayasanrestuofficial.

vi. Pertandingan ini akan menggunakan Facebook dan Instagram sebagai platform penyertaan. Peserta yang ingin mengambil bahagian perlu follow akaun rasmi Facebook Page Yayasan Restu @Yayasan Restu, dan Instagram @yayasanrestuofficial dan menetapkannya dalam mode public.

vii. Peserta perlu mendaftar maklumat diri di https://www.wasap.my/60106600871.

viii. Penghasilan pantun TIDAK BOLEH menyentuh isu-isu sensitif yang boleh mengganggu keharmonian masyarakat di Malaysia.

ix. Peserta boleh menghantar satu penyertaan sahaja dan peserta hanya layak menerima satu hadiah sahaja.

x. Setiap penyertaan mestilah merupakan karya asal/ asli peserta dan tidak menciplak mana-mana hak cipta orang lain.

 

Cara Penyertaan

i. Setiap penyertaan adalah dengan resit pembelian Pakej Selawat RM25 dan secara individu.

ii. Terbuka kepada semua peringkat umur.

iii. Warganegara Malaysia.

iv. Penggunaan Bahasa adalah Bahasa Melayu.

 

Kaedah Penilaian/ Penjurian

Panel juri yang dilantik akan membuat penilaian terhadap beberapa aspek seperti berikut:

i. Kreativiti Kandungan (Gaya Bahasa & Menarik)

ii. Ketepatan tema

iii. Keaslian

 

Keputusan Pertandingan dan Hadiah

i. Keputusan panel juri adalah muktamad.

ii. Keputusan pertandingan ini akan diumumkan melalui akaun Facebook Page rasmi @Yayasan Restu, dan Instagram @yayasanrestuofficial .

iii. Tiga pemenang akan dipilih dan akan menerima hadiah tertera di atas.

 

SEMOGA BERJAYA UNTUK PARA PEMANTUN SEMUA!